“Upload Status Tak Layak BPN Ni Nak Apa Sebenarnya, Menganjing Ke?”

Posted on

Nampaknya tindakan segelintir pihak memuat naik semakan status Bantuan Pritahin Nasional (BPN) menimbulkan rasa kurang senang di kalangan netizen, lebih-lebih lagi ada yang memberitahu permohonan mereka tidak lulus sedangkan tahu tidak layak mendapat bantuan tersebut.

Perkara itu turut mendapat perhatian Fynn Jamal yang berang dengan tindakan individu yang berbuat demikian serta mempersoalkan apa yang mereka mahukan sebenarnya. Fynn turut menyifatkan mereka sebagai riak dan mahu menagih perhatian semata-mata.


BACA: Peguam Syarie Tegur Fynn Jamal Isu Anak Luar Nikah

Malah, Fynn menyifatkan individu yang sengaja berlakon sedih seolah sengaja ‘menganjing’ pihak tertentu sedangkan mereka tak mengharapkan langsung bantuan dari kerajaan itu.

“Nak cakap apa sebenarnya? Terang-terang dengan gaya hidup kau tak payah isi borang pun tau dah tak layak, nak bagitau apa? Bantuan pun berapa ajelah sangat untuk orang-orang lifestyle of the rich and the famous kalian tu. Aku malu giler tengokkan.

“Dengan kapsyen sedih tu. Nak apa? kalau betul-betul kau sedih, harta berkoyan boleh je jual. Kau yang pilih beli barang untuk susun. Tolak la. Kalau kau saja-saja konon sedih, maknanya kau memang menganjing,” katanya.

Dalam pada itu, Fynn berkata bukan pihak tersebut sahaja yang berdepan keadaan sukar tetapi ramai lagi peniaga diluar sana yang berdepan keadaan getir di saat-saat ini.

Katanya lagi disaat-saat ini janganlah pentingkan diri sendiri, lihat keadaan sekeliling kerana ramai lagi mereka yang lebih susah.

Terdahulu, usahawan kosmetik Aliff Syukri dikecam teruk oleh netizen susulan tindakannya yang  meluahkan rasa terkejut dan sedih apabila permohonannya untuk mendapatkan BPN gagal.



Sumber : https://www.rotikaya.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==