Tempoh PKP Eratkan Hubungan Nelydia Senrose & Suami

Posted on

Nampaknya, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan ini memberi ruang kepada Nelydia Senrose untuk ‘berbulan madu’ dan menghabiskan masa berdua bersama suami.

Menurut Nelydia, selama ini dia dan suaminya, Mohd Hafez Halimi sibuk dengan kerjaya masing-masing dan tiada masa untuk menikmati kehidupan berdua. Lebih manis, semalam pasangan ini menyambut ulang tahun pertama perkahwinan mereka.


BACA: Nelydia Senrose Tak Tertekan Belum Hamil

“Rasa seperti baru sahaja kami diijabkabulkan. Dalam tempoh setahun ini menjadi ruang kepada kami memperbaiki kelemahan diri sebagai suami isteri. Kami lebih mengenal tanggungjawab. Setiap momen bersama diabadikan dengan satu rasa yang tak terungkap.

“Saya dan suami sempat berbulan madu ke beberapa negara, ia menjadi kenangan terindah. Saya mengharapkan kebahagiaan kekal dan terus erat,” katanya kepada BH Online.

Sudah setahun mendirikan rumah tangga dan masih belum dikurniakan cahaya mata, Nelydia berkata dia dan suami tidak tertekan mengenai soal zuriat dan berserah kepada Allah.

“Saya berserah pada kurniaan Allah SWT. Saya dan suami tidak pernah tertekan, tetapi kami terus berusaha,” katanya.

Nelydia sah bergelar isteri ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid pada 6 April lalu selepas dua tahun berkenalan.



Sumber : https://www.rotikaya.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==