Suami Puji Tasha Shila Semakin Hari Semakin Penyayang

Posted on

Hampir tujuh bulan bergelar suami isteri selepas mendirikan rumah tangga pada Februari lalu, suami pelakon Tasha Shila iaitu Muhammad Atiq Idris berkongsikan isterinya semakin menunjukkan sikap penyayangnya.

Menurut Atiq, isterinya banyak berubah selepas berkahwin dan menyifatkan dirinya sangat bertuah kerana memiliki isteri yang cukup penyayang dan mengambil berat mengenai dirinya. Mengakui rumah tangga turut berdepan ujian, namun dia dan Tasha berjaya menghadapinya.


BACA: Mahu Jaga Nama Baik Suami, Tasha Shila Tolak Watak Penggoda

“Saya lihat sikap Tasha banyak berubah selepas berumah tangga. Makin hari, makin penyayang dan mengambil berat. Sejujurnya, kami tak bercinta, jadi hanya mengenali karakter masing-masing selepas berkahwin.

“Banyak perkara diterokai bersama. Bagaimanapun, bohonglah jika tidak diuji untuk bersabar. Pasangan suami isteri mana pun pasti terima ujian, tetapi setakat ini, syukur kami bahagia.

“Apa yang lebih seronok apabila dapat melakukan ibadah bersama. Itulah yang merapatkan lagi hubungan kami,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, Tasha berkata dia kini sedang melalui fasa bahagia, meskipun mengenali suami dalam tempoh tidak lama. Malah, mereka kini melakukan aktiviti bersama serta saling menemani jika masing-masing ada urusan kerja.

“Selepas berkahwin, saya bahagia bersama suami. Kami banyak menghabiskan masa berdua terutama ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Jika ada penggambaran, suami akan menghantar dan mengambil di lokasi. Jika tiada penggambaran, saya pula akan mengikutnya. Orang nak kata kami tidak boleh berenggang pun tak kisahlah.

“Sebab kami tak merasa bercinta pun sebelum berkahwin, jadi inilah masanya. Bagi saya, lebih berkat melakukan kerja bersama suami,” katanya.



Sumber : https://www.rotikaya.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==