Shuib Hadiahkan Siti Sarah Jam Tangan Harga Puluhan Ribu Ringgit

Posted on

Sempena ulang tahun kelahiran Siti Sarah yang ke-36 hari ini, Shuib Sepahtu membuat kejutan istimewa malam semalam serta menghadiahkan isteri tersayang seutas jam tangan jenama mewah bernilai puluhan ribu ringgit.

Menurut Sarah, dia mengakui jam tangan mewah jenama Rolex itu antara hadiah paling mahal pernah diberi oleh suami. Ujarnya lagi, dia perlu belajar menyarung jam tangan mulai sekarang kerana dia tidak suka memakai aksesori.


BACA: Siti Sarah Jumpa Wakil Orang Asli Untuk Mohon Maaf

“Saya hargai pemberian suami. Jika hendak diikutkan, saya bukan jenis materialistik. Kalau orang tak suruh beli atau belikan untuk saya, memang tidaklah saya berbuat demikian.

“Setakat ini, tas tangan berjenama antara yang saya beli untuk ganjaran selepas bekerja keras. Saya bukan suka pakai aksesori termasuk jam tangan sejak zaman sekolah. Tetapi sekarang, kenalah mula pakai jam tangan,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, Shuib berkata dia mempunyai alasan kukuh menghadiahkan jam tangan mewah kepada isterinya. Ujarnya lagi, hadiah itu juga adalah ganjaran untuk isterinya di atas peniagaan yang dijalankannya yang semakin membuahkan hasil.

“Sebelum ini, saya paksa isteri pakai gelang emas biarpun tahu dia tidak suka aksesori. Sekarang saya hadiahkan jam tangan supaya dia boleh aturkan masa dengan baik.

“Apatah lagi, isteri cemerlang dalam perniagaan kecantikannya. Jika diikutkan, tahun lalu, syarikatnya hampir gulung tikar,” katanya.



Sumber : https://www.rotikaya.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==