Sambut Hari Jadi Ke-37, Gigi Jihan Muse Masih Jadi Bahan Gurauan

Posted on

Baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran baru-baru ini, Jihan Muse tidak lokek berkongsikan foto sambutan hari jadinya itu. Namun apa yang menjadi perhatian adalah penampilan pengacara itu yang tidak mengenakan solekan.

Rata-rata netizen memuji Jihan yang tetap cantik meskipun tidak bersolek. Malah, ramai yang memuji kulit Jihan yang cantik tanpa sebarang cela. Namun ada segelintir netizen meninggalkan komen kurang menyenangkan.


BACA: Jihan Muse Jawab Isu Tak Bertudung Dalam Iklan

Ada yang mengimbas kembali kisah silam pengacara itu dan mendakwa rupa Jihan nampak elok kerana gigi sudah tersusun cantik serta tidak seperti dahulu. Tidak kurang juga ada yang mendakwa bukan cantik semula jadi kerana sudah banyak melabur.

Kurang senang dengan komen negatif itu, seorang individu tampil menyelar netizen-netizen tersebut dengan mengatakan mereka sebenarnya cemburu dengan perubahan Jihan yang semakin cantik.

Katanya lagi, jika mereka mampu dan berduit sudah tentu akan melakukan perkara yang sama. Ujarnya lagi, setiap manusia tidak sempurna namun ada sahaja serba tak kena di mata manusia yang suka mengata.



Sumber : https://www.rotikaya.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==