Risteena Masakkan Untuk Tunang, Kirim Guna Grab

Posted on

Meskipun tidak dapat berjumpa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, namun pelakon Nur Risteena tidak melepaskan peluang untuk melakukan sesuatu yang istimewa dan romantis buat tunangnya, Isa Khan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Risteena mendedahkan Isa meminta untuk merasai masakan air tangannya. Tidak mahu menghampakan permintaan tunang tersayang, Risteena menunaikan permintaan Isa dan mengirimnya menggunakan perkhidmatan Grab.


BACA: Isa Khan Tak Benarkan Sesiapa Sakitkan Hati Risteena

Risteena berkata awal pagi lagi dia ke pasar dan terus masak untuk tunangnya sebaik sahaja pulang ke rumah. Teruja masakannya mendapat pujian daripada tunangannya itu, Risteena merancang untuk memasak lagi buat tunang tersayang.

View this post on Instagram

Harini rasa happy dapat masak untuk @theisakhan walaupun ktorang jauh tak dapat jumpa 🙂 . So pagi2 dah pergi pasar, balik rumah terus masakkan untuk dia, then kirim guna grab. Nak makan air tangan dia cakap? . @theisakhan puji betul tadi. So esok nak masak lagi lahhh ?? Hurm nak masak apa eh? ? . #stayathome #staysafe

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena) on

Terdahulu, pasangan itu mengumumkan sudah pun mengikat tali pertunangan pada 23 November lalu ketika bercuti di Bali, Indonesia selepas lima bulan saling mengenali antara satu sama lain.



Sumber : https://www.rotikaya.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==