“Peminat Tak Bagi Saya Duit, Salama Ni Survive Bukan Sebab Mereka”

Posted on

Sebelum ini hangat diperkatakan apabila ada artis didakwa memperlekehkan netizen IQ rendah dan ibarat lembu dicucuk hidung. Kenyataan itu menimbulkan kemarahan netizen yang mengatakan tanpa netizen atau peminat artis-artis tidak akan popular dan tidak dikenali ramai.

Perkara itu turut mendapat perhatian pelakon Beego yang mengatakan selama ini mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup bukan semata-mata kerana peminat. Katanya, selama ini peminat tidak membantunya memberikan wang, hanya keluarga dan sahabat yang sentiasa bersamanya.


BACA: Linda Hashim, Beego Selamat Timang Anak Kedua

Menerusi perkongsian di Facebook, Beego turut meluahkan rasa kesal apabila ada di kalangan ahli keluarganya yang kurang sensitif turut mengulas tentang isu perbalahan antara artis dan netizen itu.

“Tiga empat hari ni penuh orang komen pasal Persatuan Seniman Malaysia dan artis Malaysia. Aku tahu bukan semua yang netizen maksudkan, yang aku tak fahamnya ada saudara mara yang nak juga jadi netizen tanpa ada sensitiviti yang mungkin aku ni boleh terasa jug sedikit sebanyak.

“Sebab gelaran artis tu terpalit pada aku yang dah suam-suam kuku ni. Jangan tanya kenapa aku unfriend pastu jumpa tengok muka korang pun aku tak nak. Aku hanya manusia lemah, ingat, cubit peha kanan, kiri terasa,” pesan Beego.

Dalam pada itu, Beego berkata jika netizen ingin membuang mana-mana artis di Malaysia pastikan mereka buang televisyen dan apa-apa sahaja yang berunsurkan hiburan, malah jangan tonton hiburan luar negara juga.

Minggu lalu, kecoh apabila ada beberapa artis meminta bantuan khas kerajaan buat penggiat seni terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanapun, tindakan itu diselar oleh seorang selebriti yang menyifatkan tindakan mereka itu tidak sedar diri untuk meminta bantuan selepas menayang kemewahan kepada umum.



Sumber : https://www.rotikaya.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==