Pakai Kasut Tumit Tinggi Buatkan Elfira Loy Lebih Yakin

Posted on

Siapa yang mengikuti perkembangan Elfira Loy sejak di awal kemunculannya di dalam industri seni tanah air, pasti tahu bahawa pelakon itu sangat gemarkan kasut bertumit tinggi.

Elfira akui dia mempunyai koleksi kasut tumit tinggi yang banyak jika dibandingkan dengan kasut tanpa tumit. Malah, Elfira berkata dia mula memakainya sawal usia belasan tahun lagi.


BACA: Isu Panggilan Kakak, Elfira Loy Belum Biasa Dipanggil Mama

“Kalau nak bercakap mengenai kasut tinggi, saya tak nafikan tidak terkira. Cuma kalau ‘flat’ shoes tu boleh dikira lagilah,” katanya kepada MH.

Dalam pada itu, Elfira berkata kasut tumit tinggi membuatkan dia rasa lebih yakin dengan dirinya. Kedengaran agak pelik, namun Elfira berkata dia mampu berjalan dengan baik apabila memakai kasut tinggi berbanding kasut tidak bertumit.

“Saya lagi mampu untuk berjalan dengan baik apabila mengenakan kasut tinggi berbanding flats. Kalau pakai ‘flats’ saya mesti jatuh,” katanya.

Mungkin Elfira dah biasa pakai kasut tinggi dan tiada masalah untuk pakai sebagai kasut harian. Tapi memang tidak dinafikan kasut tinggi membuatkan wanita lebih yakin dan cantik.



Sumber : https://www.rotikaya.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==