Netizen Samakan Fizikal Bella Astillah Dengan Haiwan

Posted on

Sering berkongsikan keadaan dirinya sedang sarat berbadan dua, bagaimanapun ada netizen yang kurang senang dengan perkongsian Bella Astillah sehingga menghina bentuk badannya yang sedang sarat hamil.

Berkongsikan mesej hinaan daripada netizen itu di Insta Story, Bella dilihat tidak mudah melatah dengan cacian tersebut, sebaliknya hanya meluahkan rasa syukur. Menerusi mesej tersebut, netizen berkenaan menyamakan bentuk badannya dengan babi.


BACA: Bella Astillah Bersalin Sendirian Tanpa Suami Disisi

Menerusi foto-foto yang dikongsi, jelas kelihatan wajah Bella  yang semakin sembab, perubahan normal bagi wanita hamil apabila memasuki trimester ketiga dan dijangka bakal melahirkan cahaya mata keduanya 17 Julai ini.

Sebelum ini, adiknya Didi Astillah turut menyatakan telah ada tanda-tanda awal Bella akan bersalin, seperti bukaan 2cm pada rahim.



Sumber : https://www.rotikaya.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==