Maya Karin Dipuji Pijak Lantai Simen Berkaki Ayam

Posted on

Baru-baru ini menerusi Instagram, Maya Karin berkongsikan gambarnya sedang menyediakan burger bakar istimewa buat keluarga. Namun apa yang menjadi perhatian pelakon itu dilihat memijak lantai dapur bersimen dengan berkaki ayam.

Aksi Maya itu menjadi bualan ramai apabila netizen membandingkan dengan perkongsian seorang individu yang mengakui geli untuk memijak lantai dapur rumah kampungnya.


BACA: Maya Karin Dikecam Setuju Jogging Semasa Perintah Berkurung

Seorang netizen memuat naik foto pelakon itu memuji sikap Maya yang ternyata sangat sempoi meskipun bergelar selebriti dan berketurunan ‘mat salleh’.

Tidak kurang juga, ada yang menyelar sikap individu yang kononnya geli untuk memijak lantai dapur itu seolah tidak menghargai jasa dan pengorbanan orang tua.

Katanya lagi, jika geli atau merasakan lantai tersebut kotor, bantu atuk atau nenek untuk mengemas apa yang patut daripada balik kampung hanya tahu menghadap telefon sahaja.

Dalam pada itu, lebih melucukukan apabila ada yang menyunting foto Maya dengan memadamkan kedua-dua belah kakinya hingga kelihatan terapung seperti filem popular lakonannya Pontianak Harum Sundal Malam.



Sumber : https://www.rotikaya.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==