Letupan Di Beirut, Bapa Saudara Kekasih Sajat Antara Yang Terkorban

Posted on

Petang semalam dunia dikejutkan dengan letupan besar yang menggegarkan ibu kota Beirut, Lubnan sehingga mengorbankan ramai penduduk di sana dan lebih beribu orang awam cedera.

Letupan yang berlaku bukan sahaja mengakibatkan kemusnahan di kawasan berkenaan, malah impaknya menyebabkan kerosakan pada beberapa bangunan lain yang terletak beberapa kilometer dari lokasi terbabit.


BACA: Sajat Dedah Hati Bersih Rahsia Kejayaan Dalam Perniagaan

Difahamkan, kejadian letupan dasyat itu turut meragut nyawa bapa saudara teman lelaki usahawan kosmetik Nur Sajat dikenali sebagai Jadoos yang berasal dari Beirut. Sajat berkata teman lelakinya dalam keadaan baik sahaja.

Perkara itu dimaklumkan oleh Sajat menerusi Instagram apabila ada netizen bertanyakan mengenai keadaan teman lelaki usahawan yang berada di negara itu.

Sejak lewat petang semalam, tular rakaman video yang menunjukkan letupan awal dengan kepulan asap tebal serta api marak menjulang dan menggegarkan bangunan di sekitar ibu kota.

Difahamkan, letupan berkenaan didakwa berpunca daripada 2,750 tan baja ammonia nitrat (NH4NO3) disimpan selama bertahun-tahun di sebuah gudang pelabuhan di bandar raya berkenaan.



Sumber : https://www.rotikaya.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==