Kutip Sumbangan Tanpa Lesen, Netizen Kritik Tindakan Intan Najuwa

Posted on

Tidak dinafikan ramai rakyat yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana tidak boleh keluar bekerja seperti biasa untuk mencari pendapatan bagi menampung pendapatan harian mereka sekeluarga.

Terkesan dengan kesusahan yang sedang dihadapi rakyat Malaysia, Intan Najuwa tampil menghulurkan bantuan sumbangan sebanyak RM10,000 untuk keluarga yang memerlukan serta ibu-ibu tunggal.


BACA: Intan Najuwa Sahkan Sudah Putus Tunang

Malah, Intan turut mengambil inisiatif membuka tabung bantuan bagi membantu golongan yang dalam kesempitan memandangkan buat masa ini dia hanya mampu menghulurkan sumbangan sebanyak RM10,000 sahaja.

Bagaimanapun, perkongsian Intan yang mengajak semua orang memberikan duit sumbangan menerusi akaun bank miliknya mengundang rasa kurang senang netizen.

Malah, ada netizen mendakwa tindakan melakukan crowfunding atau pembiayaan melalui orang ramai merupakan satu kesalahan jika tidak mempunyai lesen untuk melakukannya.

Kata netizen itu lagi, meskipun niat Intan itu baik tetapi pelakon itu boleh sahaja memberi sumbangan melalui tabung yang sudah disediakan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tidak kurang juga, ada netizen mempersoalkan adakah benar wang itu akan disalurkan kepada pihak sepatutnya. Tidak hanya berdiam diri, Intan mempertahankan tindakannya itu serta kmeminta agar individu berkenaan tidak mementingkan diri.



Sumber : https://www.rotikaya.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==