“Jika Ada Rezeki Mahu Tiga Anak Atau Anak Kembar”

Posted on

Sudah memiliki dua cahaya mata, Fouziah Gous menyatakan hasratnya untuk menambah bilangan anak lagi. Bagaimanapun, perkara itu masih lagi dalam perancangan kerana anak keduanya masih kecil.

Fouziah berkata dia tiada masalah untuk memilih anak ramai dan mahu sekurang-kurangnya tiga cahaya mata. Jika diberi rezeki Fouziah turut mengimpikan cahaya mata kembar.


BACA: Fouziah Gous: Kalau Saya Baik Tak Pakai Macam Ini

“InsyaAllah, anak kalau ramai-ramai pun tak apa, tak ada masalah. Pada say sekurang-kurangnya tiga cahaya mata. Tapi manalah tahu kalau dapat kembar,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Fouziah berkata kehidupannya kini sudah cukup lengkap dengan keluarga dan orang sekeliling yang sentiasa memberi sokongan pada dirinya. Malah, apa yang diimpikan sudah pun dia miliki.

“Sebenarnya apa yang diimpikan, Allah dah bagi. Tapi biasalah, manusia mana pernah rasa cukup.

“Apa benda lagi yang saya nak? Saya dah ada beautiful family, suami yang baik, anak-anak dan sekeliling orang yang baik-baik. Dah cukup lengkap,” katanya.

Fouziah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan Datuk Zhafran Yusof pada september 2013. Pasangan ini dikurniakan dua orang anak Zeeshan Yusuf 4, dan Zaheen Yusof, 2.



Sumber : https://www.rotikaya.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==