Isteri Da’i Farhan Didakwa Doktor Palsu, Netizen Lapor KKM

Posted on

Nampaknya kontroversi terpalit Da’i Nik Farhan masih lagi menjadi bualan ramai selepas pendakwah itu mengumumkan berkahwin dengan seorang janda anak lapan kemudian menceraikan isteri pertamanya yang sedang sarat hamil.

Ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan isteri barunya yang dikenali sebagai Dr Erin. Dalam satu temu bual baru-baru ini, Da’i Farhan turut merujuk isteri barunya, Noorainul sebagai ‘doktor’


BACA: Rakan Baik Bekas Isteri Tuntut Da’i Farhan Mohon Maaf

Malah, sebelum ini tular mengenai isteri barunya yang mendakwa seorang pakar neurologi. Bagaimanapun, hasil carian netizen mendakwa nama Dr Erin iaitu Noorainul Naqim Mohd Radzi tidak wujud dalam Medical Medical Council (MMC).

Kesalahan Menyamar/Menggunakan Profesion Kesihatan Di Bawah KKMPihak kami menerima kiriman inbox daripada seorang…

???????? PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN ????? ??????????? 6 ??????? 2019

Menerusi satu perkongsian di Facebook Penolong Pegawai Perubatan, nama Dr Erin tiada dalam data sedangkan semua doktor perubatan bertauliah dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) disenaraikan di situ beserta biodata.

Malah kenyataan itu juga menyebut, ada kemungkinan beliau menyamar atau menyalahgunakan gelaran tersebut yang merupakan satu kesalahan di bawah Undang Undang Malaysia.

Hasil siasatan netizen juga mendapati, terdapat satu akaun Facebook Dr Erin yang kini tidak lagi aktif dimana dia mendakwa dari hasil rawatannya, jumlah virus pesakit HIV telah menurun dengan menghentikan pengambilan ubat hospital.

Mendakwa dirinya seorang ahli neurologi di Instagram, namun satu keratan akhbar tular mengenainya mempromosikan butiknya yang pada masa itu bakal dilancarkan di Setapak, Kuala Lumpur, beberapa tahun lalu.

Dalam keratan akhbar yang sama, Noorainul mendakwa memiliki Ijazah Pengurusan Perniagaan Universiti Teknologi MARA dan Diploma Kecantikan dan Dandanan Rambut dari London Academy.

Rata-rata netizen tertanya-tanya, bilakah Dr Erin mengambil kursus perubatan untuk menjadi seorang pakar neurologi. Turut tular satu sijil menunjukkan Dr Erin menerima gelaran doktor dari Electronic Medication Council of Malaysia namun pihak yang menandatangani sijil tersebut didapati tidak wujud.

Dalam pada itu, satu lagi yang menjadi perhatian adalah di Instagram Dr Erin menulis di profil bahawa dia mempunyai 8 orang anak, namun di profil Facebook lama miliknya menulis dia ibu kepada 10 orang anak serta memuat naik foto kesemua anaknya.

Pelbagai spekulasi timbul mengenai isteri baru Da’i Farhan, namun setakat ini masih tiada kenyataan lanjut daripada Farhan mahupun Dr Erin mengenai dakwaan doktor palsu.



Sumber : https://www.rotikaya.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==