“Inilah Masa Wanita Single, Yang Suka ‘Laki Orang’ Pergi Pasaraya”

Posted on

Umum mengetahui sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dilanjutkan sehingga 14 April ini hanya seorang sahaja dibenarkan keluar rumah untuk membeli barangan keperluan dan sudah tentunya ketua keluarga.

Boleh dikatakan jika anda ke pasaraya ramai pelanggan dikalangan lelaki. Perkara itu turut mendapat perhatian Michael Ang yang secara seloroh mengatakan inilah masanya wanita masih single atau yang suka ‘suami orang’ ke pasaraya untuk mencari jodoh.


BACA: Ramai Panic Buying, Michael Ang Mungkin Makan Nasi Telur Kicap

View this post on Instagram

Salam semua. Baru balik dari supermarket! I rasa Ini la masa untuk wanita2 single pergi supermarket Sebab 90% yg kat supermarket semua lelaki mana tahu jumpa jodoh sana! Hahahahaha luv u all n stay safe!

A post shared by Michael Ang (@michaelang38) on

“Satu benda saya perasan, saya rasa inilah waktunya untuk perempuan yang single atau perempuan yang sukakan lelaki orang pergi pasaraya.

“Sebab tadi saya tengok 90% semua lelaki yang elok-elok. Kalau korang nak inilah waktunya korang pergi,” selorohnya.

Perkongsian Michael itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan kenyataan pengarah popular itu. Malah, rata-rata netizen terutamanya wanita mengatakan tak kisah nak cari jodoh tetapi jangan sangkut dengan suami mereka sudah.



Sumber : https://www.rotikaya.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==