Ibu Puteri Balqis Tolak Bantuan, Tak Nak Terhutang Budi

Posted on

Beberapa hari ini hangat diperkatakan mengenai pelakon cilik berbakat besar, Puteri Balqis yang kini berdepan kesempitan hidup bersama ibunya. Sejak kisah kehidupannya dikongsikan di program Bersamamu, ramai yang tampil menghulurkan bantuan.

Bagaimanapun, ibu kepada Puteri Balqis iaitu Norashikin Mohd Aziz menolak untuk menerima bantuan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang ingin diusahakan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).


BACA: “Jangan Sebab Saya Kurus, Serabai Orang Fitnah Ambil Dadah”

Menurut Norashikin dia berat hati untuk menerima bantuan tersebut kerana baginya ada ramai lagi yang lebih layak untuk mendapat bantuan tersebut. Katanya lagi, dia juga tidak mahu terhutang budi dengan sesiapa.

“Saya berterima kasih atas usaha yang cuba dibuat Seniman. Sebenarnya saya berat hati nak terima. Jadi, saya menolaknya. Bagi saya, ramai lagi lebih layak untuk terima. Sampai bila orang nak bantu kami? Sampai satu tahap nanti orang pun akan bosan nak bantu.

“Dalam masa sama, saya tidak mahu terhutang budi dengan sesiapa. Bayangkan kalau suatu hari nanti ada pihak pertikai dan ungkit semua yang dibantu. Saya takut semua itu berlaku. Jadi, lebih baik saya berusaha sendiri.

“Insya-Allah, dengan kudrat yang masih ada dengan menjual buku, saya dan Aqish masih boleh hidup bersama dan jalani kehidupan seadanya,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Norashikin turut menolak bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang mahu membayar sewa bulanan rumah mereka. Jelasnya lagi, dia sudah biasa bekerja dan akn tetap berusaha untuk mencari rezeki.

“Pihak LZS nak bantu untuk bayar sewa bulanan rumah, tapi saya tolak. Tapi, mereka nak juga beri bantuan RM300 sebulan. Ini pun masih dalam proses. Ia buat saya serba salah.

“Saya merasakan ramai lagi orang susah daripada kami. Saya sudah biasa bekerja, jadi saya tetap akan berusaha. Saya tidak mahu apabila terus dibantu membuatkan saya jadi malas,” katanya.



Sumber : https://www.rotikaya.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==