Hikmah Kontroversi, Amyza Aznan Tak Putus Terima Tawaran Berlakon

Posted on

Meskipun sedang hangat diperkatakan mengeani kes saman menyaman dengan pelakon kontroversi Zarina Anjoulie, bagaimanapun Amyza Aznan mengakui dia kini menerima banyak tawaran berlakon.

Menurut Amyza dia menerima semua tawaran tersebut kerana enggan mengecilkan hati orang lain dan bukan kerana terlalu tamak. Amyza percaya pengalamannya selama 20 tahun sebagai pelakon membuatkannya diterima ramai.


BACA: Amyza Aznan & Peguam Didakwa Langgar Etika Guaman

View this post on Instagram

Hahahha salah doa plak.. Sorry bah. ? Arini kak kaaia bergegas ke set shooting yg lain. Alhamdulillah… rezeki semakin mencurah2 bak hujan jatuh ke bumi.bukan tamak, tapi tak nak kecik kan hati org. Kalau tolak nanti kecikkkkkk hati org. 20 tahun di dlm industry dgn personality kelakar kak kaaia dan bakat yg dipinjamkan allah untuk merealisasikan pelbagai watak.belajar dan terus belajar supaya terus relevan dan dpt award lagi ? #dutafama #26episodes

A post shared by KAAiA777kaaia7777 (@amyzaaznankaaia) on

“Hari ini kak Kaaia bergegas ke set shooting yang lain. Alhamdullilah.. rezeki semakin mencurah-curah bak hujan jatuh ke bumi. Bukan tamak, tapi tak nak kecilkan hati orang.

“20 tahun di dalam industri dengan personaliti kelakar kak Kaaia dan bakat yang dipinjamkan Allah untuk merealisasikan pelbagai watak,” tulisnya.

Memuat naik sedutan rakaman sedang menjalani penggambaran sebuah drama, Amyza turut memberitahu dia akan terus belajar dalam bidang lakonan supaya dirinay kekal relevan dan memenangi anugerah lagi.

Difahamkan, kes saman antara Amyza Aznan dan Zarina Anjoulie dilaporkan masih dalam proses mahkamah sejak April lalu sehingga kini.

Untuk rekod, Amyza pernah memenangi Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik ketika Anugerah Skrin 2019 yang lalu menerusi drama Batik Zakiah.



Sumber : https://www.rotikaya.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==