Hamil Anak Kedua, Faye Kusairi Alami Alahan Teruk

Posted on

Meskipun sedang hamil empat bulan, pelakon Faye Kusairi berkata dia tetap aktif berlakon apatah lagi aktiviti penggambaran dibenarkan semula sejak 10 Jun lalu. Menurut Faye, tiada sebab untuknya menolak tawaran berlakon meskipun sedang berbadan dua.

Bagaimanapun, Faye berkata dia mengalami alahan teruk berbanding hamil anak pertama. Akui penat berlakon ketika hamil, namun Faye berkata keadaannya baik-baik sahaja.


BACA: Berjauhan Dengan Anak, Faye Kusairi Tak Tertanggung Menahan Rindu

“Alhamdulillah, saya kini hamil anak kedua. Bagaimanapun, saya tetap bekerja. Sebelum ini, saya baru menyelesaikan penggambaran drama bersiri, 7 Hari Mencintaiku 2.

“Jujurnya, saya mengalami alahan lebih teruk, berbanding hamil anak pertama. Bagaimanapun, mujurlah ketika fasa trimester pertama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi saya duduk di rumah berehat sahaja.

“Keadaan saya bertambah baik, tetapi bohonglah jika cakap tak penat. Penat juga, tetapi tidaklah teruk sangat. Semuanya baik-baik sahaja ketika penggambaran,” katanya kepada BH Online.

Timbul spekulasi dirinya merajuk, Faye menafikan dakwaaan tersebut. Jelasnya lagi, dia juga dia tidak menyepikan diri atau memilih tawaran lakonan, sebaliknya belum ada rezeki naskhah yang menonjolkan dirinya.

“Saya masih berlakon, cuma belum ada naskhah yang ‘outstanding’ yang buatkan penonton nampak saya. Saya tidak merajuk seperti yang diperkatakan, cuma jadual agak padat dengan perniagaan yang diusahakan sejak April, tahun lalu.

“Ada sahaja tawaran lakonan yang diterima dan saya tak pernah pilih naskhah. Jika tawaran bersesuaian dengan jadual, saya terima. Jika tidak, saya terpaksa tolak,” katanya.

Terdahulu, Faye yang berkahwin dengan Azmi pada 9 April 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Alif Azmi yang kini berusia dua tahun.



Sumber : https://www.rotikaya.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==