Hairul Azreen Dikecam Tak ‘Study’ Sebelum Temuramah Datuk Lee Chong Wei

Posted on

Baru-baru ini, pelakon aksi Hairul Azreen menjadi perhatian ramai apabila mendapat peluang untuk mengadakan sesi Live di Instagram bersama bekas jaguh badminton Negara, Datuk Wira Lee Chong Wei.

Bagaimanapun disebalik sembang santai itu, pertanyaan Hairul menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan netizen apabila suami kepada Hanis Zalikha itu mengajukan soalan “Berapa minggu Encik jadi pemain nombor 1 dunia?”


BACA: Netizen Muak Tengok Hairul Azreen Berlakon Filem Ketenteraan?

View this post on Instagram

Shared with fans that it is more difficult to STAY on top, than it is to GET there. He depicts the true meaning of (to be) The Best (you) Never Rest. Orang yang dah capai kehebatan pun tak bersenang-lenang. Terima kasih Dato atas sesi semalam. Apa yang korang paling suka dalam perkongsian santai semalam? Thank you Dato @leechongweiofficial sangat sporting!!!

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on

Seperti sudah dijangka, tindakan Hairul itu sekaligus mengundang kecaman yang menyifatkan pelakon itu seolah tidak mempunyai pengetahuan dalam sukan.

Malah, ada yang mengatakan Hairul tidak membuat ‘homework’ berkenaan latar belakang Lee Chong Wei terlebih dahalu sebelum sesi temubual berkenaan.

Meskipun begitu, Lee Chong Wei sendiri menjawab soalan tersebut tanpa rasa tersinggung atau bertanya kembali soalan tersebut. Rata-rata netizen memuji sikap rendah lagenda badminton itu dan tetap tenang.

Mungkin Hairul rasa gementar apabila mendapat peluang menemuramah pemain lagenda itu. Apa pun diharap selepas ini Hairul buat kajian terlebih dahulu sebelum sesi temubual bimbang menjadi mangsa kecaman netizen.



Sumber : https://www.rotikaya.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==