For Generations: Lengkapkan Gaya Hidup Dengan Kawasan Rumah Impian Anda

Posted on

Bagi anda yang mementingkan keselesaan hidup mengikut gaya hidup anda, inilah lokasi yang pasti menjadi idaman anda. Syarikat EcoWorld yang telah berada di pasaran selama 6 tahun sahaja mampu memberikan anda persekitaran dengan gaya hidup yang terkini.

Kini EcoWorld memperkenalkan kempen “For Generations” yang membawa manfaat di mana tempat kediaman direka khas untuk anda yang sesuai dengan cara hidup, personaliti dan kegemaran masing-masing. Kediaman idaman pada zaman modern ini bukan sekadar rumah mampu milik malah juga perlu memenuhi citarasa setiap individu dan menaiktaraf taraf kehidupan serta mengikuti gaya hidup generasi yang berlainan.

Tidak Kira Jenis Gaya Hidup Anda, Ada Juga Pilihan Untuk Segala Jenis Gaya Hidup!

Untuk kehidupan yang lebih sempurna, EcoWorld mampu merealisasikan impian dan masa depan yang diinginkan. Melalui kempen “For Generations”, anda dan keluarga anda bakal memulakan episod menerokai pelbagai gaya hidup dengan lebih selesa. Senang cerita, jom tengok mana satu gaya hidup yang dimiliki anda.

1. Gaya Hidup “The Zen Generation”

Bagi anda yang ingin menenangkan fikiran dan melegakan tubuh dan jiwa, kawasan luar rumah yang tersedia menawarkan suasana yang tenang. Anda boleh bermeditasi bersama keluarga tanpa gangguan.

2. Gaya Hidup “The Explorer Generation”

Bagi minda muda yang suka meneroka alam sekitar dan gemar mengembara tanpa ragu-ragu, inilah tempat yang sesuai untuk anda. Kawasan yang dikelilingi taman-taman menarik di sekitar perumahan menonjolkan keajaiban alam sekitar.

3. Gaya Hidup “The Ever Learner Generation”

Ini paling best untuk sesiapa yang sentiasa inginkan meningkatkan pengetahuan dan belajar perkara baru tidak kira usia. Di EcoWorld Life Space anda pasti dapat memperolehi pengalaman yang tidak akan membosankan. Pelbagai aktiviti boleh diikuti seperti kelas melukis, muzik, menari dan macam-macam lagi.

4. Gaya Hidup “The Culinary Generation”

Dapur yang luas dan selesa ini memang sangat sesuai untuk anda yang suka memasak dan bereksperimen dengan resipi-resipi baru untuk dijamu bersama dengan insan tersayang dan membentuk kenangan yang istimewa!

5. Gaya Hidup “The Trend Seeker Generation”

Untuk anda yang sentiasa mengikuti trend terkini, ruang komuniti seperti EcoWorld Labs adalah lokasi ideal untuk mengekspresikan kreativiti anda.

6. Gaya Hidup “The Minimalist Generation”

Bagi anda yang meminati konsep simple atau minimalist dengan ruangan tanpa sempadan inilah pilihan terbaik untuk anda! Ruang bilik yang besar dan luas ini memang sangat sesuai bagi mereka yang ingin hidup secara selesa dan sederhana.

7. Gaya Hidup “The Digital Nomad Generation”

Bagi anda yang bekerja on-the-go, adakala pasti hendak bekerja di suasana baru yang nyaman dan kondusif, kan? EcoWorld mempunyai persekitaran tenang yang mampu segarkan minda anda supaya tercetusnya banyak ilham.

8. Gaya Hidup “The Gym Rat Generation”

Seharian habiskan masa di tempat kerja dan rumah pun kadang-kadang bosan juga. Jadi tidak salah kalau anda melakukan aktiviti sukan untuk sihatkan badan. Ala tak payah pergi jauh-jauh, bila anda menginap di perumahan EcoWorld ini, kunjungi sahaja gym yang disediakan. Pelbagai kemudahan disediakan untuk meningkatkan kecergasan fizikal anda.

9. Gaya Hidup “The Nature Friendly Generation”

Laman hijau peribadi yang terdapat di perumahan EcoWorld amatlah sesuai bagi seorang pencinta alam. Ini memberi peluang kepada anda untuk membentukkan mini garden tersendiri. Taman yang hijau di keliling rumah juga dapat menenangkan fikiran anda.

10. Gaya Hidup “The Pet Lover Generation”

EcoWorld mewujudkan kawasan perumahan yang mesra haiwan dan selamat untuk haiwan kesayangan anda. Senang cerita bila haiwan kesayangan anda membesar dengan sempurna, kehidupan anda juga lebih bahagia.

11. Gaya Hidup “The Artistic Generation”

Di perumahan EcoWorld juga terdapat banyak arca-arca yang anda boleh jadikan model untuk hasil karya seni anda. Bagi anda yang gemar melukis dan berkarya, persekitaran EcoWorld pasti adalah titik mula untuk anda menghasilkan masterpiece sendiri.

12. Gaya Hidup “The Bold Creator Generation”

Konsep Intelligent Space di EcoWorld membolehkan anda menjanakan idea-idea yang bernas dan terbaik untuk anda yang berwawasan tinggi.

13. Gaya Hidup “The #POTD Generation”

Generasi media sosial zaman sekarang memang mampu menghasilkan gambar yang cantik-cantik. Bila anda menginap di kawasan perumahan EcoWorld ini tidak perlu risau di mana untuk #OOTD, setiap sudut pun dapat memberikan hasil gambar yang menarik. Bolehlah abadikan kenangan anda setiap hari.

14. Gaya Hidup “The Collector Generation”

Setiap orang pasti mempunyai koleksi yang tersendiri bukan? Bukan sahaja hobi sekadar suka-suka malah ada juga hobi yang menjadi kegilaan anda sehinggakan memerlukan ruang yang besar untuk mempamerkan barangan koleksi anda itu. EcoWorld memberikan ruang peribadi yang cukup luas untuk anda susun dan pamerkan koleksi peribadi anda untuk kepuasan diri sendiri dan sesiapa yang mempunyai minat yang sama.

Bukan ini sahaja yang dibawa oleh EcoWorld untuk anda, EcoWorld juga menawarkan 5 konsep rumah yang sangat indah dan menawan untuk anda diami antaranya:

BRYDON

Jika anda gemarkan alam semulajadi dan seni bina, Eco Horizon’s Brydon yang terletak di Batu Kawan, Pulau Pinang adalah pilihan yang paling sesuai untuk anda seisi keluarga. Rekaan banglo dan semi-d yang terletak di kawasan selamat dan tenang membolehkan anda dan keluarga tercinta memperolehi ketenangan minda, sekaligus menikmati hidup secara maksimum.

CORA

Untuk rumah yang “vibrant” seperti diri anda, Cora di Eco Ardence, Shah Alam sangat sesuai kerana rekaan rumah taman, semi d dan banglonya hadir dengan clubhouse ekslusif, kawalan keselamatan terbaik dan laluan bertaman yang menarik di belakang rumah. Hub gaya hidupnya iaitu Ardence Labs, membolehkan anda berseronok dan makan-makan dalam persekitaran yang ceria. Hidup di Cora pasti tidak akan membosankan.

HAZELTON

Mencari rumah yang sesuai untuk diri anda bagaikan “custom-made suit”? Hazelton di Eco Forest, Semenyih direka dengan prinsip ergonomic untuk kesemua jenis gaya hidup. Dengan konsep ErgoHomes (rekaan ekslusif EcoWorld), setiap unit dilengkapi dengan laman peribadi.

REGENT GARDEN

Reka sendiri rumah idaman anda dengan EcoWorld kerana tiada siapa yang lebih mengetahui apa yang anda inginkan. Konsep “Design to Own” di Regent Garden Eco Grandeur, Puncak Alam memberikan anda kebebasan dan fleksibiliti untuk mencipta rumah impian anda. Serlahkan keunikan rekaan rumah anda berbanding orang ramai hanya di Regent Garden, Eco Grandeur.

ROSÉ

Langkah masuk ke Rosé dan anda akan rasa seperti telah masuk sebuah Eden dengan rumah-rumah serta taman yang memukau. Diinspirasikan rekaan klasik dan kontemporari Perancis terbaik, anda pasti akan jatuh cinta dengan rumah teres yang mempunyai ruang tamu yang amat luas. Selamat datang ke Rosé.

Maklumat lanjut layari laman rasmi EcoWorld di www.ecoworld.my/forgenerations untuk anda miliki rumah yang awesome dan gempak ini.



Sumber : https://www.rotikaya.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==