Fikry Ibrahim Hantar Rombongan Merisik Siti Nordiana?

Posted on

Tiada angin tiada ribut timbul khabar angin mendakwa Fikry Ibrahim menghantar rombongan merisik Siti Nordiana dan bakal berkahwin pada tahun hadapan. Malah, Fikry juga dikatakan sudah menghantar cincin merisik secara senyap.

Bagaimanapun, Fikry menafikan dakwaan tersebut dan akui terkejut dengan gosip itu. Ujarnya lagi, dia ada perancangan untuk mengakhiri zaman bujang tetapi dalam tempoh dua tahun lagi.


BACA: Siti Nordiana Jaga Mata Bila Kerja Dengan Suami Orang

“Saya tak tahu macam-mana boleh timbulnya gosip saya dah hantar rombongan merisik dan bakal berkahwin dengan Nana pada tahun depan.

“Merisik dan bakal berkahwin itu memang tidak benar. Tahun depan saya akan sibuk sebab nak fokus pada kerjaya dan perniagaan sahaja.

“Saya memang akan berkahwin tapi sasaran saya untuk tamatkan zaman bujang pada tahun 2021 atau 2022,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Fikry berkata dia enggan melayan gosip sedemikian selagi perkara itu tidak menimbulkan fitnah yang menjejaskan nama mereka atau melampaui batas.

Fikry dan Nana mula berkawan rapat selepas menjadi pengacara bersama dalam satu program dan gandingan menerusi drama Cekelat Semanis Honey. Namun, kedua-dua mereka menjelaskan hubungan itu hanya atas dasar kerja sahaja.



Sumber : https://www.rotikaya.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==