Dipuji Manis Bertudung, Fasha Sandha Kata Masih Lagi Belajar

Posted on

Tampil manis bertudung sehingga kini sejak Ramadan lalu, ramai yang suka melihat penampilan pelakon cantik Fasha Sandha yang gemar memakai hijab setiap kali berkongsikan foto mahupun video di media sosial untuk tatapan peminat.

Malah, rata-rata peminat memuji kecantikan ibu kepada tiga cahaya mata itu lebih terserlah apabila memakai hijab. Berkongsikan videonya memakai tudung berwarna biru, netizen mendoakan Fasha agar terus istiqamah dalam berhijab.


BACA: Masih Berpantang, Fasha Sandha Dah Keluar Sambut Birthday Anak Saudara

Komen netizen itu mendapat reaksi daripada Fasha yang memaklumkan dirinya masih lagi dalam proses belajar untuk memakai hijab sepenuhnya.

Terdahulu, Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli pada 2012, namun berpisah pada 2016. Hasil perkahwinan tersebut, Fasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6.

Fasha kemudian berkahwin dengan pelakon Aidil Aziz mendirikan rumah tangga pada Mac 2019. dan dikurniakan cahaya mata ketiga diberi nama Aisha Amaira pada Ogos lalu.



Sumber : https://www.rotikaya.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==