Di Sebalik Kisah Jumanji: The Next Level Yang Bakal Menggegarkan Pawagam

Posted on

Filem box office suatu ketika dahulu kini kembali menghangatkan pawagam dengan misi mereka seterusnya dalam Jumanji: The Next Level.

Lebih mencabar dan lebih banyak permainan video Jumanji yang sebelum ini dihapuskan dalam filem Jumanji: Welcome To The Jungle telah diperbaiki dan dinaiktaraf dalam Jumanji: The Next Level.

Awkwafina, Dwayne Johnson and Karen Gillan dalam Jumanji: The Next Level

Filem pada mulanya mengisahkan mengenai empat orang sahabat yang terperangkap dalam permainan video Jumanji kini telah pun dewasa. Yang lebih menariknya kali ini, empat orang sahabat iaitu The Rock and the geng harus mencari jalan keluar daripada terus terperangkap dalam permainan video tersebut.

Sebelum kami bercerita lebih panjang mengenai cerita ini, apa kata anda save the date untuk serbu pawagam dan menonton sendiri filem Jumanji: The Next Level. Bagi yang belum menonton filem sebelum ini iaitu Jumanji: Welcome to the Jungle anda harus tonton dahulu sebelum serbu pawagam. Nanti tidaklah anda tertanya-tanya.

Kevin Hart, Dwayne Johnson, Jack Black and Karen Gillan

Bercakap mengenai filem Jumanji: The Next Level yang dibintangi oleh Dwayne Johnson, Jack Black, Kevin Hart, Karen Gillan, Nick Jonas dan ramai lagi. Kami tertarik untuk berkongsi fakta menarik disebalik tabir filem ini. Nak tahu apa yang best? Jom layan:

Trivia Dari Filem Pertama Sehingga Kini

Bagi anda yang belum tahu, babak pengambaran file Jumanji di kawasan pergunungan, ladang dan lembah Hawaii merupakan lokasi sama di mana filem Jurassic Park dijalankan. -Sebahagiannya difilemkan di Glamis Dunes di California pada Februari lalu.

Lebih menarik lagi, The Rock juga turut menyambut ulang tahun kelahirannya di set pengambaran filem Jumanji: The Next Level.

Jangan tak tahu, Danny Devito dan Danny Glovers sudah 9 tahun berkerjasama bermula dengan filem pertama mereka “Im Still Here” pada tahun 2010.


Sebenarnya lagu tema Jumanji telah pun ditulis oleh Jack Black dan Nick Jonas tetapi tidak dimainkan. Ini semua gara-gara pengarah dan penerbit filem ini tidak mahu lagu itu dimasukkan di dalam filem ini.

Sejarah Sebenar Jumanji

Perkataan sebenar Jumanji berasal dari sebuah buku fantasi dan dari situ tercetusnya filem Jumanji. Pelakon Robin Williams, yang membintangi Jumanji siri pertama, arahan Joe Johnston pernah menerangkan asal-usul Jumanji sebagai perkataan Zulu (Bantu etnik Afrika Selatan), yang bermaksud “Banyak Kesan”.

Tambah menarik lagi filem asal Jumanji ini adalah satu kisah benar dimana boardgame yang dicipta oleh Doktor Witch Afrika benar-benar berlaku. Ada yang berani tak nak main? Mana tahu kalau-kalau teringin nak rasa dunia sebenar Jumanji.

Filem Box Office

Salah satu babak dalam Jumanji: Welcome To The Jungle

Memang ternyata hebat dan menarik apabila filem Jumanji: Wecome To The Jungle meletop di pawagam dan meraih kutipan sebanyak RM57 Juta. Ini sekaligus melepasi sasaran target mereka iaitu hanya sebanyak RM20 Juta sahaja.

Memang gempak lah berbeza RM37 Juta tu. Erti kata lain, layak lah untuk mereka raih kutipan sebanyak itu dengan hasil filem mereka yang ternyata berbeza dari filem Malaysia. Mana tahu suatu hari nanti filem Malaysia pula bikin cerita yang luar dari kebiasaan kan!

Ha sebelum kami terlupa, Jumanji: Welcome To The Jungle juga telah menewaskan kutipan Spider-Man dengan kutipan tertinggi dunia buat Sony Pictures dengan jumlah keseluruhan sebanyak $962.1 juta.

Jadi kesimpulannya selepas kejayaan Jumanji: Welcom to The Jungle ini tidak hairanlah jika siri Jumanji seterusnya ini akan raih kutipan yang besar dan sudah tentunya akan lebih menghiburakan dengan watak masing-masing.

Mampu ke tidak The Rock and the geng ini keluar dari dunia permainan mereka? Apakah cabaran yang mereka harus tempuhi dalam filem ini? Sama-sama kita nantikan 5 Disember ini. Pastikan masa itu anda free okey, baru boleh tonton Jumanji: The Next Level dengan tenang.



Sumber : https://www.rotikaya.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==