Dayana Roza Selamat Bertunang Dengan Ahli Perniagaan

Posted on

Tahniah diucapkan kepada pelakon Dayana Roza yang selamat mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan A’dale Adham Ayahudin, 33 tahun petang tadi.

Dayana berkata hampir enam tahun berkenalan dia menerima lamaran A’dale selepas melihat usaha jejaka itu yang serius dalam perhubungan mereka. Dayana akui dahulu dia tidak menyenangi tunangnya itu.


BACA: Dayana Roza Bakal Bertunang Dengan Ahli Perniagaan

“Dulu tak sukakan dia kerana suka sangat cari gaduh dan menyakat saya. Pernah juga cakap perkara kawan saya, kalau dia lelaki yang terakhir di dunia ni pun sayaakan fikir banyak kali untuk kahwin dengannya.

“Tapi rupa-rupanya dialah lelaki yang menghargai saya, Alhamdulillah,” katanya kepada mStar Online.

Pasangan itu mengadakan majlis pertunangan secara tertutup yang dihadiri keluarga dan rakan media di Damai Glasshouse, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, tunangnya A’dale berkata dia terbuka hati untuk menjadikan Dayana sebagai isteri kerana terpikat dengan sikap pelakon tersebut.

Tambah A’dale, empat tahun lalu dia pernah menyatakan hasrat untuk meminang Dayana namun ditolak. Ujarnya, merkea merancang untuk melangsungkan pernikahan pada pertengahan Disember depan.

“Datuk saya tak berapa sihat, biasalah sakit tua. Jadi kalau boleh nak percepatkan majlis pernikahan.

“Empat tahun lepas masa kami masih berkawan saya ada cakap nak meminang dia tapi dia tolak. Tapi saya cakap pada dia yang satu hari nanti saya akan kahwini dia juga,” katanya.



Sumber : https://www.rotikaya.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==