“Asalnya Mak Abah Nak Namakan ‘Wardah’ Tapi…”

Posted on

Memiliki nama yang cantik seperti rupa parasnya, baru-baru ini Mira Filzah mendedahkan asal usul namanya kepada peminat. Perkara itu diberitahu menerusi Insta Story bagi menjawab pertanyaan peminatnya yang bertanyakan siapa yang memberi nama Mira Filzah.

Menurut Mira, kedua ibu bapanya mahu memberikan nama ‘Wardah’ selepas dicadangkan oleh seorang ustaz namun ibunya lebih gemar untuk memberikan nama yang lebih panjang dan terciptalah nama Nur Amirah Filzah.


BACA: Mira Filzah & Wan Emir Astar Kahwin Oktober Ini?

Untuk rekod, Mira Filzah merupakan alumni SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur dan graduan jurusan perniagaan antarabangsa di Universiti Teknologi MARA (UITM), Shah Alam.

Dilahirkan pada 2 April 1993, Mira Filzah merupakan anak kedua daripada tiga adik beradik.



Sumber : https://www.rotikaya.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==