Aliff Syukri 6 Bulan Belajar Nak Lulus Exam Masuk UiTM

Posted on

Diterima masuk ke Universiti Teknologi Mara (UiTM), bagaimanapun ada segelintir netizen mempertikaikan kelayakan Datuk Seri Aliff Syukri sehingga diterima masuk ke Universiti berkenaan, malah ada yang mendakwa Aliff menggunakan kekayaannya.

Terkilan dengan dakwaan liar netizen itu, Aliff berkata dia diterima masuk ke universiti berkenaan kerana usaha dan titik peluhnya sendiri. Ujarnya, dia belajar selama enam bulan untuk memastikan dirinya lulus ujian kelayakan.


BACA: Aliff Syukri Derma Puluhan Ribu Ringgit Untuk Atasi COVID-19

View this post on Instagram

. . First time masuk @uitm.official Saya sedih sangat sebab ramai orang cakap saya masuk Universiti ini sebab pakai duit atau rasuah??. Sedangkan saya belajar nak dekat dua tahun untuk saya lulus exam ini. Bukan senang nak bahagikan masa untuk menjadi seorang Business, seorang bapa, seorang duta kepada produk saya dan saya mempunyai bermacam-macam bisnes… sy tak nak org kata sy x educated? . . Tetapi dgn usaha sy study 6bulan nak lulus exam Akhirya sy lulus.. Alhamdulillah, ini lah impian saya untuk mempunyai pelajaran sebabnya bagi saya ianya adalah satu bonus kepada saya untuk mempunyai satu education sebab dahulu tidak ada pelajaran, orang akan pandang rendah. Doakan saya berjaya. Dan saya nak bagitau kepada korang semua, sijil ini saya tidak bayar pun dan saya juga seperti student UITM yang lain perlu mengikut kelas dan semuanya. Dan saya dah berusaha dan saya berharap usaha ini boleh diikuti oleh semua orang walaupun kita dah bekerja ataupun dah berjaya, tidak semestinya kita tidak boleh belajar. #uitm #uitmshahalam tag member uitm korang dan apa pengalaman paling best dgn uitm?? Very komen d bawah??

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Ujar Aliff lagi, dia membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran kerana tidak mahu dipandang rendah sebagai seorang yang tidak mempunyai pendidikan. Katanya lagi, dia sama seperti pelajar lagi perlu mengikuti kelas dan mengambil peperiksaan.

“Korang sangka tak, saya diterima masuk UiTM? Pertama kali masuk UiTM. Saya sedih sangat sebab ramai orang cakap saya masuk universiti ini sebab pakai duit atau rasuah.

“Sedangkan saya belajar nak dekat dua tahun untuk saya lulus peperiksaan ini. Dengan usaha saya belajar enam bulan nak lulus peperiksaan, akhirnya saya lulus,” tulisnya.

Dalam pada itu, Aliff berharap tindakannya itu dapat menjadi ikutan oleh mereka diluar sana bahawa meskipun sudah bekerja dan berjaya tidak bermakna tidak boleh lagi belajar.

Difahamkan, Aliff bakal mengikuti kursus Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Perniagaan Antarabangsa yang bertempat di UiTM Shah Alam



Sumber : https://www.rotikaya.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==